SEJARAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Sura terletak di dalam sebuah kampung di pesisiran pantai Laut China Selatan di longitude 103®43’ T dan latitude 4® 27’ U. Nama sekolah ini diambil dari nama kampung tersebut iaitu Kampung Sura. Sekolah Menengah   Kebangsaan Sura ini merupakan satu – satunya sekolah menengah yang menghadap ke Laut China Selatan di sepanjang Pantai Teluk Lipat, Dungun. Sekolah ini      menempatkan pelajar – pelajar dari SK Sura. Sekolah ini terletak kira – kira 10 KM dari Bandar Dungun.

Sekolah ini mula dibina pada tahun 1993 dengan keluasan 7.2 hektar. Ianya siap    sepenuhnya pada 16 Mei 1995. Sekolah mula dibuka pada 1 Julai 1995 dan menerima seramai 325 orang pelajar serta 13 orang guru dari SMK Tengku Intan Zaharah dan seorang Pembantu Tadbir. Pelajar – pelajar adalah dari Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat sahaja. Sehingga 10 Disember 1995, sekolah ini tidak mempunyai Pengetua. Tugas – tugas pentadbiran sekolah ini dilaksanakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran.







PELAN FIZIKAL BANGUNAN SMK. SURA, 23000 DUNGUN, TERENGGANU